Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Direman 14 Hari

194
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Lelaki warga India yang menolak dan menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat direman selama 14 hari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek, Ahbir Ahmad Khan, 31, direman bermula Sabtu hingga 2 Oktober ini.

“Lelaki itu disiasat kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dan melakukan ugutan jenayah.

Pada Jumaat, difahamkan imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim sedang membacakan surah apabila suspek berdiri dihadapannya dan menolaknya pada pukul 1.30 petang.

Lelaki dari Kashmir itu juga cuba merampas mikrofon sebelum menampar imam berkenaan pada pipi kanan dikatakan untuk mengimamkan solat itu.

Bagaimanapun, pihak keselamatan dapat mengawal keadaan dengan menahan lelaki itu untuk membolehkan imam berkenaan melaksanakan tugasnya semula.

SHARE
Previous articleBaju Merah, Baju Kuning: Satu Perangkap Agenda Asing
Next articleMalaysia Peroleh Kuota Tambahan 2,100 Jemaah Haji Muassasah