Lelaki Tampar Imam Diperintah Ke Hospital Sakit Jiwa

90
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memerintahkan lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat pada 18 September lalu dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak, untuk pemeriksaan mental.

Lelaki tersebut bertindak menampar imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika solat Jumaat kerana mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah dilaporkan berkata sebelum ini.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semasa rakaat pertama solat, ketika imam sedang membaca surah Al-Fatihah.

Difahamkan warga India berusia 31 tahun itu cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Zuhairee namun gagal, menyebabkannya berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba.

Pihak pengurusan masjid kemudiannya serta merta membawa lelaki berkenaan keluar dan menyerahkannya kepada pihak polis yang menahan dan menyiasatnya di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

SHARE
Previous articleMalaysia Mampu Hadapi ‘Ribut’ Ekonomi – Abdul Wahid
Next articleKhairuddin Dalam Keadaan Baik – Peguam