Lelaki Ditemui Mati Gantung Diri Di Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan

1460
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Seorang pengguna jalan raya terkejut besar awal pagi ini selepas menemui seorang lelaki tergantung di gerbang Kota Darul Ehsan menghala ke Kuala Lumpur, yang terletak di Lebuhraya Persekutuan antara sempadan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Jurucakap dari Balai Polis Brickfields berkata polis menerima maklumat daripada pengguna jalan raya itu sekitar jam 4.35 pagi.

Mayat lelaki berusia 53 tahun, dikenali sebagai Asok Kumar Koyamboo, bekas pegawai tentera udara dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Inter Quest Removals, sebuah syarikat pengangkutan, ditemui tergantung setinggi 30 meter di bahagian kiri pintu gerbang di lebuh raya itu menghala ke Petaling Jaya.

Lima ahli bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Dalam kemudiannya menurunkan mayat itu yang dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Majlis berkabung diadakan hari ini di rumahnya di Meadow Park, off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Majlis pengebumian akan diadakan esok di tempat yang sama, dengan perarakan menuju ke Pusat Pembakaran Mayat Sentul.

Asok meninggalkan seorang isteri dan 3 anak.‎

Gerbang Kota Darul Ehsan kini sedang dibaikpulih dengan kos RM9.7 juta.