Legenda Ragbi Jonah Lomu Meninggal

180
0
SHARE
WELLINGTON: Legenda ragbi dunia, Jonah Lomu meninggal dunia pada usia 40 tahun, dipercayai akibat masalah buah pinggang.
Kematian bintang luar biasa global ini disahkan oleh keluarga dan Persatuan Ragbi New Zealand (NZR). “Saya boleh sahkan Jonah Lomu meninggal pagi ini.
Ia sesuatu yang tidak dijangka. Jonah dan keluarga tiba dari UK malam tadi,” kata jurucakap keluarga mendiang, John Mayhew memberitahu TV3 sebelum menangis.
Ketua Pegawai Eksekutif NZR, Steve Tew menerusi akaun Twitternya menyatakan: “Kami semua terkejut dan menzahirkan rasa sedih atas kematian mengejut Jonah Lomu,”. – AFP
SHARE
Previous articleSiasatan Dana Politik RM2.6 Bilion Ambil Masa
Next articleAsyraf Wajdi Bidas Tohmahan Terhadap YaPEIM, Jamil Khir