Lebih 1000 Tunaikan Solat Hajat Untuk Baitulmaqdis

6
0
SHARE

PUTRAJAYA: Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) bagi mendoakan supaya Baitul Maqdis dan seluruh Palestin terus kekal sebagai hak milik mutlak umat Islam di sini hari ini.

Solat sunat tersebut yang dibuat selepas solat Jumaat diimamkan oleh Imam MTMZA, Hamdan Mohamad.

Sebelum itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyeru umat Islam di negara ini menunaikan solat hajat selepas Amerika Syarikat mencadangkan supaya Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha, cadangan Amerika Syarikat untuk  menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel adalah amat tidak wajar dan telah menafikan hak kedaulatan Palestin serta menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.