Lautan Merah Di PWTC

379
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Hampir 5,000 peserta Himpunan Rakyat Bersatu membanjiri sekitar ibu negara termasuk di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) awal pagi ini.

Dalam tinjauan MySuara, peserta yang berbaju merah itu datang dari seluruh negeri dengan menaiki bas bertolak semalam.

Selain itu juga, mereka turut berkumpul di Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak ke Padang Merbok tengah hari ini.

Kelihatan juga polis diletakkan disekitar kawasan peserta berkumpul bagi memastikan keselamatan terjamin.