Laporan Penemuan Juruterbang MH370 Worldnewsdailyreport.com Palsu

842
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Laporan sebuah portal berita kononnya juruterbang pesawat MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu ditemui selamat di Taiwan, adalah palsu.

Berdasarkan penelitian, wujud keraguan fakta dalam berita oleh worldnewsdailyreport.com kononnya Kapten Zaharie Ahmad Shah ditemui penduduk kampung di tebing Sungai Tangshui, Isnin lalu.

Ini kerana portal itu menggunakan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran sebagai Dr Syed Boon Sulong yang kononnya kini merawat juruterbang berusia 53 tahun itu. – BH

SHARE
Previous articleObama, Najib Akan Berucap Pada Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Asean
Next articleTiada Angka Mutlak Kemasukan Pekerja Bangladesh – KDN