Laporan 1MDB Mungkin Tidak Dibentang Pada Mac – Hasan

92
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Laporan hasil prosiding siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin tidak dapat dibentang dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin berkata ia disebabkan keperluan untuk memanggil semula bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh untuk prosiding pendengaran.

“PAC akan terus meneliti secara terperinci berhubung perkara ini dan tidak akan sesekali terpengaruh dengan mana-mana laporan media sosial dalam dan luar negara,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Parlimen di sini hari ini.