Lapangan Terbang Belanda Tutup Sementara Kerana Ancaman Keselamatan

125
0
SHARE

SCHIPHOL: Operasi lapangan terbang antarabangsa di sini tergendala lebih empat jam semalam selepas pihak berkuasa menahan seorang lelaki dipercayai mengancam keselamatan awam, kata pegawai kepada AFP.

Polis tentera lengkap bersenjata pantas mengosongkan sebahagian besar lapangan terbang Schiphol lewat semalam. Kejadian berlaku ketika Belanda berada pada tahap keselamatan tertinggi susulan serangan 22 Mac lalu di lapangan terbang Brussels yang mengorbankan 32 orang.

Jurucakap polis tentera, Alfred Ellwanger memberitahu AFP kira-kira jam 9.45 malam (waktu tempatan) seorang lelaki ditangkap di dataran berdepan pintu masuk utama ke plaza lapangan terbang.

“Skuad pemusnah bom juga berada di tempat kejadian dan sedang memeriksa bagasi lelaki berkenaan,” katanya Satu lagi tangkapan turut dibuat berhampiran stesen kereta api Leiden namun kejadian itu tiada kaitan dengan siasatan di Schiphol, kata jurucakap polis The Hague memberitahu AFP.

Wujud kebimbangan bahawa Belanda turut berpotensi menjadi sasaran serangan pengganas, walaupun ahli-ahli politik Belanda menegaskan mereka berusaha keras memastikan keselamatan negara itu. – AFP