Langkah Tun M Tindakan Terdesak – Putrajaya

378
0
SHARE

PUTRAJAYA: Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersekongkol dengan bekas seterunya hari ini, membuktikan sejauh mana mereka sanggup mencuri kesempatan politik berikutan terlalu terdesak.

Jurucakap Kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata kerajaan yang ada sekarang adalah hasil mandat dan kemahuan rakyat pada pilihan raya umum 2013, yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.

“Jika Dr Mahathir mahu menukar kerajaan, beliau mesti mematuhi proses demokrasi dan menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang, selaras undang-undang negara serta Perlembagaan Persekutuan.

“Hanya wujud satu mekanisme untuk menukar kerajaan dan Perdana Menteri iaitu pilihan raya umum. Ini satu-satunya mekanisme yang sah di sisi undang-undang, demokratik, dan memenuhi aspirasi umum,” katanya. – BH