Lagi Pemimpin PAS Bakal Letak Jawatan

239
0
SHARE
PETALING JAYA: PAS Bukit Katil di Melaka bakal terjejas apabila lebih 30 pimpinan dan ahli jawatankuasa (AJK) kawasan itu bakal mengumumkan peletakan jawatan masing-masing bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Difahamkan tindakan kumpulan berkenaan bakal diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab.

Sehubungan itu satu sidang media khas bagi menyatakan pendirian mereka akan diadakan di Moveact Academy , Taman Pengkalan Jaya Bukit Katil akan diadakan pada petang Jumaat.

Sejak awal minggu ini langkah meletak jawatan oleh kepimpinan PAS kawasan khususnya di Selangor dilihat semakin agresif.

Ia membabitkan PAS Kawasan Kota Raja, Shah Alam, Hulu Langat dan Kapar.