Kumpulan Bantah TPPA Halang Menteri Beri Pandangan – Wahid

120
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar kesal kerana permintaannya untuk memberi pencerahan berhubung beberapa isu semasa sdang kemuncak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) anjuran Bantah TPPA & Kongres Rakyat di Shah Alam, Sabtu lalu ditolak.

Katanya, banyak kebimbangan atau kegusaran yang dibentangkan seperti kedaulatan negara tergadai sehingga kerajaan negeri akan kehilangan kuasa untuk menetapkan syarat-syarat penukaran kegunaan tanah; menghalang negara untuk menetapkan piawaian halal; dan dakwaan TPPA mengatasi Perlembagaan Persekutuan adalah tidak benar.

“Setelah panel selesai membuat pembentangan, saya telah memohon untuk bercakap dan memberi sedikit pencerahan. Malangnya permintaan saya ditolak atas sebab kesuntukan masa.

“Setelah beberapa kali mengulang permintaan, akhirnya saya akur dengan keputusan penganjur. Kita perlu hormat majlis orang,” katanya menerusi satu penjelasan yang disiarkan di portal Mykmu.net.