Kritikan Bukan Niat Jahat – Muhyiddin

76
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan
Foto: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kritikan yang dibuatnya bertujuan menyelamatkan UMNO dan negara daripada jatuh ke tangan pihak yang salah dan tiada niat jahat.

“Saya sebut perkara ini bukan kerana ada niat jahat, saya sebut perkara ini kerana soalan-soalan yang ditanya rakyat.

“Saya perlu yakinkan rakyat bahawa kerajaan yang diketuai UMNO hari ini komited untuk melakukan transformasi.

“Kami adalah kerajaan telus, kerajaan yang berintegriti, sebuah kerajaan bertanggungjawab yang mentadbir dengan baik,” katanya ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran beberapa Pemuda Umno bahagian di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Namun beliau menjelaskan, jika tindakan pucuk pimpinan itu menimbulkan banyak persoalan tidak terjawab, maka keyakinan rakyat akan terhakis.