Krisis Dalaman Politik Punca Utama Masalah Negara – Muhyiddin

329
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Rakyat akan terus terbeban dan menderita jika kemelut dan masalah politik di negara ini tidak ditangani segera.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, krisis politik dalaman pada masa kini menjadi punca utama menyumbang kepada masalah negara.

“Politik jika dilihat pada hari ini semakin sesak. Ia berpunca daripada iklim politik yang tidak terurus. Ini boleh jadi penyumbang perpecahan negara sekali gus kepada rakyat.

“Masalah dalaman politik ini antaranya masalah korupsi dan kejatuhan ekonomi di mana rakyat bawahan menjadi mangsa terpaksa menanggung beban,” katanya lapor Sinar Harian.

Timbalan Presiden UMNO itu melahirkan kebimbangannya sekiranya masalah tersebut tidak dipulihkan boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

“Malah, kalau dilihat pada hari ini pun, sudah banyak petanda menunjukkan rakyat marah,” katanya.

Jelasnya, kemelut politik telah menyumbang kepada masalah di negara Malaysia mulai menjadi perhatian masyarakat luar akibat konflik yang berlaku.

“Status negara pun terancam kerana beberapa isu yang melibatkan pemimpin sendiri.

“Negara sekarang sudah tidak kukuh di mata dunia. Ini semua memberi kesan kepada rakyat. Negara terkenal dengan isu-isu seperti ini, maka rakyat juga berhadapan kesukaran, terutama jika melbatkan perniagaan dan pelaburan,” tegasnya. – FMT

SHARE
Previous articleBadan Pemantau Bebas SPRM Jumpa Peguam Negara Khamis Depan
Next articleHarga Minyak Mentah AS Terus Menurun