Kren Tumbang: Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Disahkan Terkorban

196
0
SHARE

SEPANG: Seorang lagi jemaah haji Malaysia, Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor disahkan terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah pada Jumaat lalu.

Demikian diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jeddah, di sini, sebentar tadi.

Pengumuman itu menjadikan jumlah keseluruhan jemaah yang ditemui setakat ini seramai enam orang, yang mana lima daripadanya meninggal dunia manakala seorang jemaah haji ditemui selamat. Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, dua lagi jemaah haji Malaysia yang masih hilang iaitu Shahidan Saat, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah.

Dalam pada Tabung Haji dalam kenyataannya menyebut, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa 1 Zulhijjah bagi negaranya adalah pada hari Selasa 15 September 2015, maka wuquf (9 Zulhijjah) adalah pada hari Rabu, 23 September 2015.