Kren Tumbang: Seorang Jemaah Haji Warga Malaysia Disahkan Meninggal Dunia

180
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Jemaah haji warga Malaysia, Rusiah Suar, 56, disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengesahan itu dibuat oleh Lembaga Tabung Haji yang membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar berdasarkan pengencaman diri, buku rekod kesihatan dan pas serta gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA sekiranya diperlukan.

“Hari ini (Ahad) satu jenazah jemaah haji Malaysia yang telahpun dikenal pasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak,” katanya pada sidang media tergempar di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya di sini, malam Ahad.