Kota Raya Ditutup, Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit

250
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kompleks Kota Raya ditutup pada petang Ahad susulan pergaduhan berlaku melibatkan penjualan telefon bimbit.

Difahamkan, pergaduhan itu berlaku pada kira-kira pukul 4.55 petang, apabila sekumpulan pelanggan dengan sebahagiannya bersenjatakan parang kembali ke kompleks tersebut untuk menuntut bayaran balik di atas pembelian telefon.

Difahamkan, pihak pengurusan kompeks memutuskan untuk menutup bangunan itu bagi mengelakkan insiden berlanjutan.

Polis kemudiannya dilihat mengawal dan membuat pemantauan di kawasan sekitar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, polis masih menyiasat insiden tersebut.