Kos RM32.4 Juta Baik Pulih Kubah Bukan Bazir – Azmin

133
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata projek penggantian kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melibatkan kos baik pulih RM32.4 juta bukan satu pembaziran sebaliknya ia dilaksanakan untuk kepentingan umat Islam di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri meneliti dan menyemak terlebih dulu semua projek di Selangor sebelum proses pelaksanaan dilakukan.

“Jika wujud keperluannya barulah kita buat, begitu juga dengan kubah masjid ini.

“Cara kita buat juga secara telus dan bertanggungjawab demi kepentingan umat Islam,” katanya.

Adun Bukit Antarabangsa itu berkata pengubahsuaian kubah masjid diluluskan sejak 2 tahun lalu.

“Baru-baru ini kita bawa ke Dewan Negeri. Ia dibentangkan dan dibahas, kemudiannya diluluskan.

“Awak (wartawan) jawab dengan Allah jika ia satu pembaziran,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin mendedahkan kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Mohamed Azmin muncul dengan projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta.

Ia dicatatkan dalam Belanjawan Selangor dan projek tersebut akan bermula pada Mac atau awal April ini sekaligus Che’GuBard menegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan terdesak.

SHARE
Previous articleMukhriz Penyatu Perpaduan, Sukan, Perniagaan – Rakyat Kedah
Next articleZamihan Cabar Mufti Perlis Debat