KONVENITA 2017 Platform Wanita Cebur Bidang Keusahawanan

48
0
SHARE

Oleh: Fadhil Daud

KUALA LUMPUR: Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA) menganjurkan Konvensyen Usahawan Wanita (KONVENITA 2017) sebagai platform bagi golongan wanita menceburi bidang keusahawanan.

Konvensyen yang dijalankan selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Mac 2017 itu disertai 70 gerai pempamer dari seluruh negara dengan pelbagai jenis jualan dan produk seperti pakaian, perhiasan wanita, kraftangan, minuman dan makanan tradisional.

Menurut Pengerusinya, Datuk Hajjah Faridah A. Jabbar berkata, program kali ini adalah yang pertama dan terbesar pernah dianjurkan Usahanita.

“Program yang pertama dan terbesar ini adalah bertujuan untuk mendekati golongan wanita dan menjadikannya (konvenita) sebagai satu platform wanita menceburi bidang keusahawanan dengan bantuan dan perkhidmatan yang disediakan,

“Konvenita 2017 juga turut disertai agensi kementerian, koperasi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat persendirian yang akan bersama-sama berkongsikan infomarsi keusahawanan terbaru dan program-program yang telah dilaksanakan untuk rakyat kepada rakyat atau outreach program.”

Mengambil temanya “Cute, Daring yet Outstanding, KONVENITA 2017 turut mengumpulkan usahawan wanita yang terlibat dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia dan “Scaling Up and Transformation Women Entrepenuers Program” bagi menyuntik semangat agar usahawan wanita yang menceburi bidang keusahawanan akan terus kekal dan bersemangat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan, merasmikan konvesyen tersebut di Kuala Lumpur Gateway Mall sebentar tadi.