KONVENITA 2017: Gelagat Pempamer Jamu Cilik Menghiburkan

20
0
SHARE

Oleh: Fadhil Daud

KUALA LUMPUR: Bertubuh kecil dan bersuara besar cukup membuatkan orang terpegun dengan gelagat si kecil ini, adik Shazry Rindo, yang membantu ibunya di gerai jamu miliknya pada Konvensyen Usahawan Wanita (KONVENITA) 2017

Adik Shazry Rindo,  yang baru sahaja berumur 3 tahun tidak henti-henti melaungkan perkataan “Jamu! Makan jamu lelaki jadi kuat,  Perempuan jadi sihat!  ” berulang kali dalam memperkenalkan produk jamu kesihatan milik ibunya Jamu Booster dan Jamu Beras Kenchu dari Indonesia.

Ibunya,  Erin Hashim berkata setiap pagi beliau sentiasa bertanyakan bila tibanya hari Sabtu dan akan mengulanginya sehinggakan ibunya berasa jemu dengan pertanyaan si ciliknya itu berulang kali.

“Dia kerap menemani saya bila ada konvensyen seperti ini,  dan biasalah budak-budak ada kalanya dia bersama kawan-kawannya ada kalanya dia teman saya,

“Semalam dia teman juga sehingga jam 6 petang tapi semalam dia masih dalam keadaan malu-malu dan segan,  katanya ketika ditemui.

Sehingga hari ini Erin berpuas hati dengan jumlah pengunjung yang hadir ke konvensyen itu sejak semalam.