Kongres PKR: Azmin Yakin Isu PAS-PKR Selesai

90
0
SHARE
PETALING JAYA: Disebalik konflik berterusan antara PAS dan PKR di Pulau Pinang, Azmin Ali yakin masalah yang timbul dapat diselesaikan.

“Walau apa juga masalah yang dihadapi, kami akan tangani. Saya percaya kami dapat bekerjasama sebagai sebuah keluarga dan atasinya.

“Apa yang penting adalah kerjasama dan bersatu menentang Umno serta Barisan Nasional,” kata Timbalan Presiden PKR itu pada sidang media selepas merasmikan Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini, Jumaat.

Azmin berkata, beliau optimis pihaknya dapat mencari jalan penyelesaian untuk menangani isu antara PKR dan PAS.

“Pakatan Harapan adalan landasan yang dapat menyatukan PKR, DAP, Parti Amanah Rakyat dan PAS.

“Walaupun kami ada pandangan berbeza, kami hormati antara satu sama lain,” tambah Azmin lagi.

Menteri Besar Selangor itu berkata, Pakatan Harapan akan lebih bersatu dan kukuh berlandaskan satu agenda yang sama.