Klopp Anggap Tugas Di Liverpool `Cabaran Paling Sukar’

93
0
SHARE

LIVERPOOL: Pengurus baharu kelab Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan tugasnya di Anfield sebagai `cabaran paling sukar’ dalam dunia bola sepak.

Pengendali berusia 48 tahun dari Jerman itu dilantik menggantikan Brendan Rodgers semalam, bagi tempoh selama tiga tahun dengan nilai dianggarkan berjumlah STG15 juta (RM95.4 juta).

Dia mengambil alih pasukan yang kini menduduki tangga ke-10 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil himpunan 12 mata. “Saya adalah lelaki yang tidak pernah berdepan laluan mudah,” katanya Klopp kepada LFCTV sebentar tadi.

“Ini adalah cabaran paling sukar dalam bola sepak. Ia adalah tugas paling menarik dalam dunia bola sepak,”. Dalam pada itu, ketika sidang media di Anfield sebentar tadi, Klopp turut mengulas mengenai sama ada dia boleh memenangi kejuaraan EPL,

“Inilah masalah besar yang anda hadapi di Liverpool. Lima, enam, tujuh kelab mampu menjadi juara namun hanya satu boleh menjadi juara, selebihnya akan kecewa.

“Kita kena bangunkan (kelab), ini adalah permulaan. Ini adalah detik terbaik untuk kembali bermula. Adalah penting untuk kita bermain ikut permainan sendiri.

Kita kena perlu yakin dan mendapat kepercayaan dari orang ramai. “Adalah penting pemain berasa berbeza mulai sekarang, mereka boleh mencapai jangkaan. Kita perlu berubah daripada sangsi kepada percaya,”. katanya – AGENSI