Kit Siang Enggan Mohon Maaf, Dewan Rakyat Kecoh

151
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Keengganan Lim Kit Siang untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menimbulkan kekecohan semasa persidangan.

Segalanya bermula apabila notis usul untuk menggantung ahli Parlimen Gelang Patah itu diedarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said kepada semua anggota Dewan Rakyat jika Kit Siang masih enggan meminta maaf.

Azalina berkata tindakan itu dibuat untuk mempertahankan Dewan Rakyat dan menegakkan kebenaran bahawa Speaker hanya bertindak mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.