Kes Mahkamah Tidak Patut Ikut Keinginan Peguam Negara – Tun M

201
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Setiap kes yang dibawa ke mahkamah perlu memenuhi kriteria tertentu dan bukannya mengikut “keinginan peribadi” peguam negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata, kuasa tunggal pendakwaan yang dipegang peguam negara boleh memastikan sesuatu jenayah itu disembunyikan, walaupun dengan adanya bukti.

“Yang paling perlu ialah mentafsirkan, untuk memberikan kes itu kriteria tertentu, sama ada ia perlu pergi ke mahkamah atau tidak.

“Dan jika kriteria itu wujud di sana, maka kes itu perlu pergi ke mahkamah. Bukan saja keinginan peribadi peguam negara.”Tetapi di Malaysia, ia keinginan peribadi peguam negara. Jika peguam negara memutuskan ia harus pergi ke mahkamah, ia harus pergi.

“Jika dia merasakan ia satu jenayah yang dahsyat, melibatkan berbilion ringgit, tetapi melibatkan seseorang yang di atasnya, dan dia memutuskan, ‘Tidak, saya tidak akan bawa ke mahkamah’, tiada apa-apa yang boleh kita lakukan,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya di Simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah 2015 di Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini. – INSIDER