Kertas Siasatan SRC International, RM2.6b Dikembalikan – Peguam Negara

128
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memberikan “penjelasan lanjut” berhubung siasatan berkaitan SRC International dan derma politik RM2.6 bilion dan kertas siasatan telah dikembalikan, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mohamed Apandi berkata, Jabatan Peguam Negara telah mengkaji dua kertas siasatan berkaitan SRC International dan satu kertas siasatan melibatkan derma RM2.6 bilion, yang dikemukakan oleh SPRM pada 31 Disember lalu.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga ia diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada Februari 2012 menerusi transaksi dividen tanpa tunai bernilai RM1 juta.

“Selepas meneliti keseluruhan bukti dalam kertas siasatan, Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan untuk mendapatkan penjelasan daripada SPRM berhubung beberapa cadangan dan tindakan yang dikemukakan mereka.

“Jabatan Peguam Negara telah diarahkan untuk mengembalikan kertas siasatan secepat mungkin,” kata Mohamed Apandi dalam satu kenyataan pada Isnin.