Kertas Pendakwaan Terhadap PM Bukan Daripada Pejabat Peguam Negara

361
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara menafikan mereka menderaf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laman Sarawak Report, kata Datuk Tun Abdul Majid Hamzah.

Timbalan peguam cara negara II itu berkata demikian melalui akaun Twitternya malam ini.

“Deraf kertas pendakwaan seperti disiarkan Sarawak Report tidak dikeluarkan Pejabat Peguam Negara,” katanya melalui akaun Twitter @TAMajid.

Dalam posting terbaru hari ini Sarawak Report mendedahkan kertas pendakwaan dikatakan disediakan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap perdana menteri dan bekas pengarah urusan yang ditahan pasukan petugas khas dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.