Kerjasama PAS Dan UMNO, Satu Tawaran Yang Baik – Ku Li

122
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyambut baik saranan Presiden UMNO Datuk, Seri Najib Razak Razak supaya parti Melayu itu bekerjasama dengan Pas.

Katanya, walaupun ia merupakan saranan yang baik dibuat presiden parti, namun ia perlu diputuskan suara akar umbi di kedua-dua parti.

“Saya rasa ia tawaran yang baik tetapi ia bergantung kepada sama ada akar umbi di kedua-dua parti akan menyokongnya di peringkat kedua-dua parti,” katanya ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Jumaat.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, usaha UMNO mengajak Pas berkerjasama adalah mustahil kerana perbezaan ideologi antara kedua-dua parti itu.

Katanya, UMNO dan Pas hanya boleh bekerjasama sekiranya mereka mewujudkan satu pakatan dalam Pilihan Raya akan datang.

Pada masa sama Razaleigh turut mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak membenarkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada perhimpunan kali ini, katanya ia satu perkara yang sudah pun diputuskan.

Katanya, kemelut yang berlaku dalam UMNO menyebabkan perwakilan yang hadir berada dalalam keadaan serba salah, samaada mahu menyokong Muhyiddin atau presiden parti.

“Lihat reaksi daripada perwakilan sebentar tadi apabila ada pihak yang menyindir pemulauan terhadap beliau (timbalan presiden). (maka) disitu jelas membuktikan rasa tidak puas hati perwakilan,” katanya. – FMT

SHARE
Previous articleJangan Cetus Provokasi – Khairy
Next articleSalahkan Tun M Jika BN Tumbang PRU Akan Datang – Salleh