Kereta Rasmi PM Dilihat Di Istana Kedah Di KL

813
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kenderaan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilihat memasuki Istana Kedah di Kuala Lumpur pagi ini, dan ia menguatkan spekulasi mengenai perubahan menteri besar Kedah tidak lama lagi.

Kereta Najib, dengan nombor plat W 11 N, dilihat memasuki Istana Darul Aman pada kira-kira jam 8.18 pagi ini.

Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat petang ini di mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijadual menghadirinya.

Mukhriz sedang berdepan krisis keyakinan di negeri itu selepas timbalannya dalam kepimpinan Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, mengisytiharkan bahawa ADUN BN tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap anak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui Kedah.

SHARE
Previous articleKenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam Julai Ini Diteruskan – Najib
Next articleRakyat Kedah Paling Rugi Dalam Pertelingkahan Jawatan MB