Kerajaan Tanggung Rawatan, Kebajikan Mangsa Culik – Najib

17
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan terus membantu mangsa penculikan di Filipina yang selamat tiba ke tanah air, merangkumi aspek rawatan dan kebajikan.

Perdana Menteri berkata, usaha itu bagi memastikan mangsa penculikan yang selamat dibawa pulang ke tanah air pulih seperti sedia kala.

“Alhamdulillah, kerajaan berjaya bawa pulang dua daripada lima rakyat Malaysia, iaitu Tayudin Anjut dan Abdul Rahim Summas yang diculik untuk tempoh lapan bulan, satu minggu oleh Abu Sayyaf,” katanya sebelum menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Najib turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Filipina, Wisma Putra, Kerajaan Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) kerana mengendalikan semua urusan untuk membawa pulang mangsa ke tanah air.