Kerajaan Selangor Tidak Peduli MBS

39
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

SHAH ALAM: Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Majlis Belia Selangor (MBS) dianaktirikan kerajaan negeri Selangor.

Malah menurutnya, kerajaan negeri  itu juga menubuhkan persatuan belia yang baharu dan diberikan peruntukan.

“Ini bermakna seolah-olah kerajaan negeri mahu memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan belia dalam negeri Selangor.

“MBS sudah wujud berkurun lamanya yang sudah terbukti membangunkan belia di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MBS keli ke-32, di sini, hari ini.

Noh juga menjelaskan pada tahun lalu, MBS terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan gara-gara perlu berpindah lokasi daripada perancangan awal setelah semua khemah siap dipasang ketika sambutan Hari Belia Negara.

“Yang paling saya tidak dapat lupakan tahun lalu. Saya dimaklumkan, pada jam 4 pagi, mereka terpaksa berpindah ke tempat perasmian dari tempat asal kerana tapak itu kepunyaan kerajaan negeri Selangor.

“Pagi itu Menteri Belia (dan Sukan) nak datang. Nasib baik jumpa tapak lain. Terpaksa pasang khemah yang baharu…tambah lagi peruntukan,” katanya.