Kerajaan Cadang Gubal Undang-Undang Baharu Kawal Penggunaan ‘Vape’

30
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan vape terutama yang mengandungi cecair nikotin dalam perisanya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata cecair nikotin yang terkandung dalam perisa vape merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau.

“Oleh kerana perisa-perisa vape yang mengandungi nikotin ini dijual di pasaran dan tidak terkawal, maka perlu wujud satu undang-undang untuk mengawalnya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.

Dr Subramaniam berkata ketika ini, cecair nikotin hanya dijual dalam kuantiti yang terkawal di farmasi-farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan perubatan.

“Berdasarkan kajian, pengambilan nikotin akan membawa kepada ketagihan dan boleh membawa maut sekiranya mengambilnya secara berlebihan,” katanya.

SHARE
Previous articlePersediaan Awal RM8 Juta Hadapi Banjir – Rohani
Next article‘Adakah UMNO Mahu Mesyuarat Dalam Kelambu’ – DAP