Kenderaan Rasmi Kerajaan Lebih Had Laju Tidak Disaman – Nur Jazlan

88
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kenderaan rasmi kerajaan yang dipandu melebihi had laju ketika digunakan untuk urusan rasmi kerajaan tidak dikenakan saman, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau menjelaskan jika terdapat keperluan untuk kereta rasmi kerajaan bergerak laju atas urusan rasmi kerajaan, perkara itu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Terdapat pengecualian … ia kesalahan yang boleh dimaafkan kerana urusan rasmi kerajaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata sebaliknya jika saman dikeluarkan atas kapasiti peribadi pemandu atau pemilik kereta rasmi kerajaan itu, mereka perlu membayar sendiri saman itu.

“Jika saman dikeluarkan kepada saya kerana memandu melebihi had laju, saya kena bayar sendiri,” katanya.