Kementerian Kesihatan Nafi Cuba Haramkan “Vape”

78
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa negeri mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape adalah berdasarkan keputusan pihak berkuasa tempatan masing-masing dan tidak mempunyai kaitan dengan kementerian kesihatan, kata  Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Timbalan menteri kesihatan itu berkata, setakat ini pihaknya tidak pernah bertindak mengharamkan penjualan rokok elektronik di negara ini setelah ianya diputuskan Kabinet dan sebaliknya kini sedang giat memperkemaskan undang-undang dalam usaha mengawal penggunaan vape.

“Larangan tersebut (pengharaman) vape di bawah PBT negeri masing-masing, jawatankuasa khas akan mengeluarkan kenyataan tapi bagi kita (kementerian) kita mengikut arahan dari Kabinet , kalau tak haramkan maka apa yang kita buat adalah kawal (penggunaan vape),” katanya ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Hilmi hadir di Parlimen bagi menjawab soalan mewakili kementerian kesihatan di Dewan Negara.

Tambahnya , kementerian kesihatan bakal meminda Peraturan Kawalan Tembakau 2004 yang turut menambah larangan tembakau dengan menambah istilah perkataan ‘wap’ di mana undang-undang dapat diguna pakai dalam konteks penggunaan vape.

“Johor, Kelantan dan Pulau Pinang negeri yang haramkan vape, dan kita memang ada undang kawal di bawah undang-undang racun di mana cecair vape nikotin ini diletak di bawah kumpulan C kalau hendak beli kena ada preskripsi.

“Pada masa sama kita juga meminda Peraturan Kawalan tembakau 2004 akta ini disebut asap sekarang kita tambah wap dan itu akan terpakai untuk vape sekiranya kawasan larangan merokok makan akan terpakai untuk vape jugak ,” katanya.

Awal bulan lalu, Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mempertahankan vape dan tidak bersetuju dengan penguatkuasaan kementerian kesihatan, mengatakan ia akan memberi kesan kepada kehidupan ramai peniaga kecil Melayu.

Kenyataan beliau dibuat selepas 1 kumpulan mewakili peniaga kecil dan sederhana membuat laporan polis dan memberi amaran Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan sejuta undi pada pilihan raya umum akan datang jika pihak berkuasa terus mengambil tindakan keras terhadap industri vape.

SHARE
Previous articleSaya Tiada Kaitan Pergaduhan Di Kota Raya – Ali Tinju
Next articlePegaduhan Di Kota Raya: Seorang Ditahan, 14 Diburu