Kembung Mahal, Beli ‘Q Fish’

31
0
SHARE

Oleh: Iqbal Jalali

KUALA LUMPUR: Fenomena kenaikan harga ikan kembung ketika memasuki musim tengkujuh adalah normal berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kebergantungan semata-mata kepada tangkapan menyebabkan harganya meningkat mengikut pasaran menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Ahmad Rudin Hussain.

“Nelayan terpaksa pergi jauh ke tengah laut daripada sebelum ini dengan menggunakan minyak (enjin) yang lebih dan tenaga yang lebih. Ikan kembung tidak boleh diternak seperti ikan kerapu dan lain-lain bagi memastikan harganya stabil,” jelas Rudin mengulas rungutan pengguna terhadap ikan paling digemari rakyat Malaysia ini.

“Pengguna boleh beralih ke alternatif ikan yang lain yang harganya lebih stabil ketika ini seperti siakap, cencaru dan sardin.”

Tambahnya lagi, NEKMAT menyediakan alternatif ikan sejuk beku ‘Q Fish’ yang terdiri daripada kembung, pelaling, selar, sardin (selayang), tongkol, cencaru dan keli sebagai pilihan sumber protein dengan harga yang berpatutan dan kualiti setanding ikan segar.

SHARE
Previous article‘Azmin Boleh Saman Saya’ – Jamal Yunos
Next articleRichard Riot Jelaskan Isu Pemberhentian 3,600 Kakitangan MAS