Kebakaran Di Mid Valley

13
0
SHARE

PETALING JAYA: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah terkemuka Mid Valley Megamall lewat petang Sabtu.

Mengikut laporan wartawan The StarAshley Tang yang berada di tempat kejadian, siren kecemasan berbunyi pada pukul 7.15 malam dan menyebabkan semua orang berada dalam pusat membeli belah itu bergegas keluar.

Seorang anggota polis enggan memberi maklumat ketika kejadian berlaku.

“Saya tidak ada masa untuk wartawan sekarang. Pergi selamatkan diri sendiri,” katanya.

Polis kini menutup kawasan yang terlibat dengan kebakaran.

Kebakaran dipercayai bermula di kawasan sebuah premis perniagaan yang terletak di tingkat bawah bangunan pusat membeli belah itu.

Selepas pengumuman tersebut, semua premis perniagaan ditutup.

Netizen turut mengambil peluang berkongsi maklumat di laman sosial, Twitter dan Facebook.

Pada pukul 8.05 malam, satu lagi pengumuman dibuat memberitahu situasi dapat dikawal.

Semua premis perniagaan kembali beroperasi.

Kejadian seperti itu pernah berlaku pada 30 mei lalu apabila sebuah mesin faksimili di salah sebuah kedai di situ terbakar.