Kebakaran Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

1134
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Menara Bukit Aman lama yang menghadap Dataran Merdeka terbakar petang tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.20 petang, membabitkan tingkat 10 bangunan terbabit.

Sehingga kini, Jabatan Bomba dan Penyelamat masih berada di lokasi kejadian dan api dapat dikawal sepenuhnya jam 7.47 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya sebentar tadi mengesahkan kebakaran itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Saya sahkan kebakaran di Tingkat 10 Menara 2 @PDRMsia Bukit Aman. Api telah berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa.

Punca sedang disiasat,” katanya.