KDN Tak Kawal Portal, Media Atas Talian – Nur Jazlan

115
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengawal portal dan media atas talian.

Sebaliknya, kata beliau Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya bertanggungjawab mengawal selia media massa bercetak.

“KDN tidak kawal portal, hanya kawal media cetak seperti surat khabar, majalah. Media atas talian (terletak) di bawah (bidang kuasa) SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multemedia Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum itu Nur Jazlan memberitahu SKMM ada mendapatkan pandangan daripada KDN mengenai cara membuat kawalan terhadap media atas talian.

“Kita berkongsi pengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung laporan yang mengatakan kerajaan ingin mengetatkan undang-undang terhadap portal berita dan blog.