Kasut Dan Kerusi “Terbang”, Bakar Suar Dalam Program Nothing To Hide 2

24
0
SHARE

SHAH ALAM: Program Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Shah Alam hari ini bertukar kecoh apabila kasut dan kerusi di baling di dalam dewan.

Kekecohan bermula ketika seorang peserta bertanya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai peristiwa Memali, apabila tiba-tiba kemudian kasut dibaling ke arahnya.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ada penyokong bertindak membalas dengan membaling kerusi di dalam dewan.

Dalam keadaan kelam kabut itu, Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi lokasi acara itu juga dibakar dengan suar.

Turut dilaporkan berlaku tumbuk menumbuk di dalam dewan dan kelihatan beberapa lelaki berdarah di muka. – MK