Jualan Mara Digital Cecah RM1.7 Juta Selepas Sebulan Beroperasi – Ismail Sabri

67
0
SHARE

PUTRAJAYA: Jualan di Mara Digital mencecah RM1.7 juta dalam tempoh sebulan beroperasi sejak dibuka 8 Disember lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mara Digital, yang terletak di Menara Mara Kuala Lumpur, kini menempatkan  38 usahawan bumiputera yang menawarkan perkhidmatan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT), katanya.

Mara Digital turut melibatkan penyertaan lima syarikat telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom, DiGi, Umobile dan Red One serta dua perkhidmatan penyedia rangkaian internet iaitu P1Wimax dan [email protected]

“Mara Digital berjaya meletakkan harga produk mengikut pasaran setaraf dengan pasar raya-pasar raya yang terkenal dengan penjualan produk ICT,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini Isnin.

Ismail Sabri menegaskan bahawa Mara Digital merupakan salah satu daripada transformasi yang digariskan kementeriannya iaitu mewujudkan Techno-Hub Usahawan Belia Yang Berpendapatan Tinggi.

“Dalam konteks membangunkan lebih ramai usahawan ICT di bawah model holistik pembangunan keusahawanan melalui pusat ini (Mara Digital), Mara bertindak untuk mewujudkan pemborong, penyewa penampat, platform pemasaran, latihan keusahawanan dan kemudahan pembiayaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata dua buah Mara Digital akan dibuka iaitu di Anggerik Mall, Shah Alam dan di Damansara menjelang Jun tahun ini, dan Terengganu juga bakal memiliki Mara Digital tidak lama lagi.

SHARE
Previous articleRakyat Diutamakan Dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 – Najib
Next articleAzwan Ali Bakal Disaman Kicap Tirana