Jualan iPhone Dijangka Jatuh Tahun Ini

65
0
SHARE

NEW YORK: Apple mengumumkan jualan telefon pintar keluarannya, iPhone bergerak perlahan dan dijangka jatuh buat pertama kali pada tahun ini sejak dilancarkan pada 2007.

Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan hanya berjaya menjual sebanyak 74.8 juta unit iPhone pada suku fiskal pertama tahun ini berbanding 74.5 juta pada tahun lalu.

Apple memberitahu, pendapatan syarikat itu untuk suku seterusnya dijangka sekitar AS$50 ke AS$ 53 bilion berbanding AS$58 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Ini bermakna kejatuhan pertama jualan iPhone sejak ia dilancarkan.

Walaupun jualan iPhone masih di bawah 75 juta, namun penganalisis berpendapat ia masih mencapai satu perempat daripada pendapatan syarikat berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang membimbangkan kerana Apple juga mencatatkan keuntungan melebihi sasaran pada tahun lalu,” jelasnya.