Jerebu: Semua Sekolah Di Melaka, Johor Tutup Selasa – KPM

154
0
SHARE

Jerebu_Sekolah01PUTRAJAYA: Semua sekolah di Melaka dan Johor diarah ditutup pada Selasa susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan IPU di seluruh negara sehingga pukul 4 petang menunjukkan Johor dan Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat iaitu 201-300.

Menurut kementerian itu, penutupan akan melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka.

Sehubungan itu, katanya, pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.