Jemaah Haji: Lima Juta 2016, 30 Juta Pada 2020

164
0
SHARE

JEDDAH: Jumlah jemaah haji tahun depan akan meningkat kepada lima juta dan seterusnya mencecah 30 juta dalam masa lima tahun akan datang.

Menteri Haji Arab Saudi Bandar Hajjar berkata, musim haji tahun ini adalah yang terakhir menyaksikan pengurangan kuota jemaah.

Ini berikutan siapnya kerja meluaskan Masjidil Haram.

“Bermula musim haji tahun depan, jumlah jemaah haji ditingkatkan kepada lima juta dan kemudian kepada 30 juta dalam masa lima tahun akan datang,” kata menteri itu yang dipetik oleh sebuah akhbar tempatan.

Pihak berkuasa Saudi mengurangkan kuota jemaah setiap negara sejak beberapa tahun lalu kerana kerja pembesaran kawasan tawaf dan sekitar Masjidil Haram.

“Raja dan putera mahkota mengarahkan semua pihak terbabit dalam operasi haji menyediakan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan terbaik kepada jemaah.

“Keselamatan jemaah bagi memastikan mereka dapat melaksanakan ibadah ini dan kembali ke negara masing-masing dengan selamat dan sihat menjadi keutamaan pemimpin negara ini,” katanya.