Jangan Terlalu Emosi Berbahas – Pandikar

111
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihatkan Ahli Parlimen yang sedang bersidang di Dewan Rakyat supaya tidak terlalu beremosi ketika berbahas.

Beliau yang memberi nasihat itu susulan kejadian menimpa Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan ketika persidangan petang semalam, berkata semua Ahli Parlimen perlu ambil serius dan mengambil iktibar daripada insiden membabitkan wakil rakyat daripada Parti Amanah Negara (PAN) itu.

“Setiap kita memegang tanggungjawab besar untuk rakyat. Lakukan (berbahas) dengan moderate (sederhana),” katanya sebelum memulakan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya, sebentar tadi.

Mohamed Hanipa dikejarkan ke hospital selepas pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan 15 minit petang semalam.