Jangan Salahkan Tun M, Eranya Berbeza – Zaid Ibrahim

202
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kempen Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri menyaksikan pengkritik mempersalahkan bekas perdana menteri itu atas dasar kuku besinya sebagai punca kepada keadaan politik hari ini.

Pengkritik juga mendakwa Mahathir turut terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa pemerintahan lebih dua dekad.

Namun bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, Dr Mahathir seperti rakan sejawatannya dari Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, berkuasa dalam tempoh masa yang berbeza.

“Mereka terpaksa berhadapan dengan kemiskinan, kependudukan asing, peperangan, pemberontakan komunis dan zaman gelap pemerintahan penjajah. Mereka terpaksa berhadapan dengan isu-isu hidup dan mati.

“Oleh itu, mereka perlu memilih keutamaan dan jika mereka menekankan isu survival ekonomi dan perpaduan kaum berbanding demokrasi.

“Jadi, janganlah kita terlalu keras ke atas mereka,” katanya dalam satu tulisan di blog.

Sambil menggesa semua pihak bagi mengketepikan perbezaan, bekas pemimpin Umno itu berkata langkah pertama ke arah pembaharuan adalah menyingkirkan Najib.

“Sudah tentu, itu sahaja tidak cukup, kita perlu bekerjasama untuk pembaharuan institusi awam supaya tidak ada lagi penyalahgunaan pada masa akan datang.

“Ini, kita boleh bincangkan pada masa hadapan, tetapi buat masa ini biar kita bersama-sama menolak kepimpinan Najib,” katanya.

Dalam usaha untuk memastikan tindakan ini berjaya, Zaid berkata kekurangan kepercayaan di kalangan reformis perlu ditangani.

“Kita tidak boleh begitu angkuh dan meremehkan orang yang (kita fikir) bukan reformis atau tidak progresif seperti kita.

“Kadang-kadang pemimpin menjadi ‘reformis’ selepas dipecat dari kumpulan politik atau menghabiskan masa di penjara. Ini tidak dalam apa jua cara sekali mengurangkan semangat reformis mereka atau menjadikan mereka tidak ikhlas dalam perjuangan menuntut pembaharuan.

“Dunia yang mereka huni sebelum ini tidak membuka hati mereka untuk pembaharuan.

“Kadang-kadang dalam kehidupan ini, peristiwa drastik akan membuat seseorang individu menyedari tentang nilai demokrasi dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Zaid pada 27 Mac ini akan menganjurkan satu perhimpunan yang bertujuan untuk mengumpulkan bersama pemimpin, parti politik dan NGO yang menentang kepimpinan Najib. – MK