Jangan Politikkan Isu OSA – Zahid

77
0
SHARE

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi meminta semua pihak, termasuk pembangkang tidak mempolitikkan keputusan Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman berkaitan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali, adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Kenyataan oleh Peguam Negara adalah berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada dan ini harus dihormati. Kita tiada asas untuk menolaknya kerana ia adalah untuk menegakkan perundangan, bukan untuk mempolitikkan sesuatu.

“(Jangan) terjebak dengan interpretasi terhadap isu yang dipolitikkan dan ini seharusnya tidak dilihat sebagai isu politik oleh sesiapa sahaja, termasuk pihak pembangkang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Bersama UMNO Johor, di Persada, di sini.

Beliau mengulas tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mahu memulakan kempen di media sosial bagi mendapatkan seberapa banyak sokongan rakyat untuk menolak cadangan pindaan OSA.

Sebelum ini, Apandi dilapor sedang menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.

Akhbar Sinchew Daily melaporkan, pejabat peguam negara sedang mengkaji untuk meningkatkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan kepada mereka yang didapati bersalah. – BH

SHARE
Previous articleIsu RM2.6 Billion: UMNO Johor Terima Keputusan Peguam Negara
Next articleNajib Hadir Rumah Terbuka Anjuran MCA