Jangan Politikkan Isu Najib Islamkan Penyampai Radio

135
0
SHARE

PETALING JAYA: Mana-mana pihak diminta agar tidak mempolitikkan isu pengislaman seorang bekas penyampai radio tempatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas.

Menurut Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahya, Perdana Menteri hanya membantu mempermudahkan urusan pengislaman lelaki berkenaan yang didakwa menghadapi kesulitan untuk memeluk Islam.

Katanya, kisah pengislaman itu diceritakannya dalam satu kuliah agama dan rakaman sedutan kuliah tersebut telah dimuat naik di Youtube.

“Pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, saya dihubungi seorang bekas penyampai radio tempatan dan diberitahu keinginannya untuk memeluk Islam.

“Beliau sudah beberapa kali pergi ke jabatan agama Islam negeri tertentu tetapi diberitahunya bahawa beliau menghadapi kesulitan atas beberapa faktor.

“Kebetulan pada masa itu saya terus membawa beliau bertemu Perdana Menteri, bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan seorang lagi Exco Pemuda UMNO,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Fathul Bari menambah, mereka menjadi saksi Perdana Menteri mengislamkan bekas penyampai radio berkenaan.

SHARE
Previous articleKPDNKK Terima Senarai Panjang Aduan Kedai Terlibat Pergaduhan Di Kota Raya
Next articleLori Kontena Terbalik Di Taiping, Sesak 10km Di PLUS