Jangan Membazir Sambut Saya, Pesan Najib

954
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berpesan kepada kementerian dan jabatan kerajaan agar tidak membazir dalam berbelanja ketika menyambutnya dalam lawatan kerja dan majlis rasmi.

Beliau tidak kisah dengan sambutan yang sederhana kerana baginya, setiap lawatan kerja adalah untuk merasai ‘denyut nadi’ rakyat.

“Terima kasih untuk segala persiapan menyambut saya. Saya faham jika ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa dan sebagainya.

“Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol. Setiap lawatan kerja yang saya lakukan adalah untuk bersama rakyat dan mendengar masalah mereka,” katanya menerusi laman blognya www.najibrazak.com.

Nasihat berikut adalah susulan kepada peringatannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri 6 Januari lalu agar kepada Jemaah Menteri dan kementerian mengamalkan perbelanjaan berhemah.

“Ia juga merangkumi perbelanjaan ketika sambutan lawatan kerja dan majlis rasmi bersama saya atau menteri lain. Saya lihat masih ada perbelanjaan yang boleh kita kurang atau elakkan,” katanya lagi.

SHARE
Previous articlePRU-14: Generasi Muda Tolak UMNO-BN – Kaji Selidik Pendebat Terbaik Asia
Next articleSerangan Pengganas: Singapura Siap Siaga