Jangan Khianat Antara Formula ‘5K’ Kejayaan UMNO – Najib

233
0
SHARE

KUALA NERUS: Anggota Umno diminta tidak mengkhianati parti dan tidak mementingkan diri sendiri jika mahu parti menang selesa pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu antara formula ‘5K’ yang digariskan Presiden Umno dalam memastikan parti dapat mengharungi pelbagai cabaran ketika ini.

“K pertama ialah khianat…kalau nak menang selesa…jangan khianat parti, jangan cah keting, kutuk atau condemn parti.

“Saya harap perkara seperti ini kita tinggalkan,” kata Najib yang juga Perdana Menteri sambil menambah komitmen baharu itu perlu untuk mengukuhkan lagi parti.

Beliau berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus.