Jangan Cetus Provokasi – Khairy

70
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi amaran kepada penyokong pasukan Kedah dan Selangor supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi semasa perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.

“Jangan cetuskan apa-apa insiden tidak diingini. Jangan bawa masuk suar. “Hormati pengadil perlawanan dan jaga keselamatan semasa perlawanan berlangsung,” katanya kepada BH ketika melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Khairy turut meramalkan Kedah bakal menjulang Piala Malaysia dengan membenam The Red Giants 3-1. Perlawanan akhir Piala Malaysia yang bermula jam 8.45 malam esok akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor. – BH