Jangan Campur Tangan Politik Bagan Datuk – Zahid

14
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu orang luar mengganggu gugat kestabilan politik di Bagan Datuk.

Beliau berkata campur tangan politik ketika Pilihan Raya Umum (PRU) dua penggal lepas telah menyebabkan tsunami politik kepada sebahagian pengundi Parlimen kawasan itu.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk meminta para penduduk di kawasan itu supaya bersatu demi pembangunan tanpa mempercayai anasir negatif luar.

“Saya tahu ada orang (pembangkang) dari Teluk Intan, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Kuala Lumpur datang kacau kita.

“Kita perlu bersatu atas nama pembanguan dan kemajuan untuk semua rakyat Bagan Datuk,” katanya pada majlis Jamuan Mesra Hari Guru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Bagan Datuk di SJK Cina Sin Min Sungai Tiang malam tadi.

Turut hadir Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon serta kira-kira 2,000 warga pendidik dari 11 sekolah SJK Cina di Bagan Datuk.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan tambahan masing-masing RM200,000 kepada SJK Cina dan SJK Tamil di Bagan Datuk bagi mengadakan kelas tambahan pelajar. – MK